Wednesday, January 7, 2009

Salam Hari Assyura

Hari nie hari assyura ..... selain disunatkan berpuasa ader beberapa perkara yang disunatkan gak .... so kalau korang x berpeluang melakukan puasa sunat maybe korang berpeluang untuk perkara2 di bawah nie ..... semoga kita sama2 mendapat ganjaran daripada ALLAH pd hari ini :
(1) Lapangkan masa belanja anak isteri - Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.
(2) Memuliakan fakir miskin - Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
(3) Menahan marah - Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
(4) Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat - Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
(5) Usap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
(6) Bersedekah - Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
(7) Pelihara kehormatan diri - Allah akan terangi cahaya keimanannya.
(8) Mandi sunat - Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
(9) Bercelak - Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
(10) Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali - Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
(11) Solat sunat 4 rakaat - Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
(12) Menjamu orang berbuka puasa - Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه.(متفق عليه)
Maksudnya :Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع
Maksudnya :Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.(
2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :
Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

3 comments:

mslvoe said...

thanks for sharing this info. aku dok search dlm yahoo. nasib baik ko ade advert.

Anonymous said...

aku pun puas menggodek email2 yg aku dapat ..... sib baik ler jumpa ... hehe x pe ler sharing is caring kan ;)

Shikhin Ishak said...

wah..banyak rupa nya.yang kita tau hari assyura tu buat bubur ja..hihi..