Thursday, September 2, 2010

Mereka buat lagi .....

Aku rasa dah dekat setahun hidup aku alhamdulillah aman damai ..... tidur malam aku lena dibuai mimpi ..... paling penting peristiwa yg berlaku pada 23/10/2008 slowly hilang dari ingatan & igauan kami sekeluarga ..... tapi kini mereka datang lagi ..... mereka dah buat aktiviti kembali ..... style mereka tetap sama hari rabu pukul 4 pagi beberapa hari hendak raya & mungkin berlanjutan hingga selepas raya (nauzubillah) ..... ini serba sedikit buat kami semua hidup dalam ketakutan semula ..... Kenapa mereka nie? Tak cukup lg ke gaji yang diterima & diberi oleh rakyat Malaysia ..... Patutnya dipulau jer rakyat2 dari negara itu ..... Jgn dibagi peluang lagi kepada mereka ..... Dibagi peluang macam mana pun mereka seperti tidak mengenang budi .....

Dah ler malas aku nak bercerita lagi pasal perampok2 tu ..... Tadi aku gi buka pose ngan besfren aku masa kat ofis lama aku ..... sembang punyer ler tak hingat dunia ..... betul ler 2 jam mmg x cukup untuk kami berkongsi segala cerita yg dh terlepas utk dikongsi together ..... Sib baik ler masih sedar diri yg dier ader anak2 & husband yg tunggu kat ghumah kalau ikut aku yg anak dara mmg x tau ler sampai kul baper hehehehehe .....

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan

Semalam kita semua telah menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yg ke-53. Terharu aku masa menonton majlis sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil. Teringat kenangan time aku student dulu. Kenangan masa tahun pertama aku menjadi komander. Masa tu Hari Kebangsaan yg ke-40. Betapa semangatnya sampai sehari pun aku x miss raptai sehingga hari yg sebenarnya. Ingat lagi masa raptai di Kem hanya kami ber-7 jer pegi raptai. Pergi pun naik van. Cukup ler masa tu 2 org bawak sepanduk, 2 org bwk bendera dan 2 orang peserta kat blkg. Dah raptai kat dataran merdeka barulah kami pegi 1 bas. Masa tu aku ler bawak benderanya. Rasa seronok sangat untuk pengalaman pertama aku.

Tahun2 selepas itu dah x merasa cuma berarak untuk Hari Kebangsaan peringkat negeri sahaja. Menonton semalam mmg buat aku rasa rindu nak berarak & berkawad. Lagi2 tengok performance dari askar2 tu. Pergghhhhhh sharp sungguh persembahan mereka. Masa dengar lagu2 yang dimainkan terasa kaki aku nak berkawad mengikut byte2 lagu tu. Kenangan2 yang sukar untuk diulang.

"You don't stop laughing because you grow old; you grow old because you stop laughing" -Micheal Pritchard-