Tuesday, June 22, 2010

Kebaikan Berbekam

  • Membantu menghilangkan pening-pening dan migrain
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
  • Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. DIanggarkan 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolestrol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang
Ader tak sesiapa tahu mana tempat yg leh buat bekam nie. Sekarang sume tempat buat bekam sume dah komersial. Mahal2 sume nyer silap2 kena paksa lak biler ubat2 sampingan dier. Cam aku pernah dulu. Sekali tu je ler aku gi buat berbekam. Beratus2 ler bayarannya. Tapi mmg lepas buat bekam tu badan jd segar. Tu yg sekarang teringin nak gi bekam lagi nie.

Monday, June 21, 2010

After almost 1 year

Bersawang dah blog. Jap eh aku nak buang sawang2 nie dulu. Hah bagi make up sikit blog nie. Hmmm dah ok dah nie.

Yup almost 1 year aku x update blog aku nie. Aku terlalu sibuk. Sibuk dengan keluarga aku, kerja aku & diri aku. Lagi pulak pada bulan Ogos tahun lepas kami sekeluarga telah dikejutkan dengan 1 berita yang amat menggemparkan kami sekeluarga. Adik bongsu kami disahkan menghidapi kanser. Banyak masa aku dihabiskan di hospital. Hujung tahun lepas juga ler, ALLAH telah bukakan pintu rezeki untuk kedua orang tua menunaikan haji di mekah. Bertambah sibuk ler aku masa ketiadaan orang tua ku.

Alhamdulillah adik aku semakin sihat sekarang. Aku akan cuba mula semula aktiviti blog aku. Biler aku free aku update ler citer2 yg lps. Pengalaman suka duka aku.