Thursday, January 31, 2008

10 HAK YANG PERLU DITUNAIKAN

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wednesday, January 30, 2008

Traktor datang lagi ......

Hari Kedua puluh satu (29 Januari 2008) ..... semalam traktor datang lagi kali nie tuk korek tanah bahagian tepi & depan ..... kali nie babah aku sedih sebab ader pokok dier yang dah tumpas pada traktor tu ...... siap menyanyi kesedihan lagi ..... si zainul tu pun siap mintak maaf ngan babah aku sbb terlanggar pokok ..... hehe tu ler org dh pesan jgn tanam dulu


ini ler bakal kolam ikan parents aku


Tuesday, January 29, 2008

Rangka Bumbung Mula Dipasang

2 ari sblm tu aku x dpt ambik gbr (24 & 25) ..... sampai ghumah pun dh gelap sumhow bukan ader aper2 perkembangan sgt pun sama jer dok susun batu bata .... Weekend ari tu dier org start psg rangka bumbung ...

Hari Kelapan belas (26 Januari 2008)


ini ler bahagian dapur & bilik air bwh yg dh siap disusun batu bata nyer

ini ler rupa rangka bumbung yg bersambung ngan bumbung asal

Hari Kesembilan belas (27 Januari 2008) ..... hari ahad lantai bahagian blkg dh siap disimen ..... pastu dier org sambung buat rangka bumbung bahagian blkg





Hari Kedua puluh (28 Januari 2008) .....hari isnin dier org dah start susun bumbung kat atas rangka tu (hehe ntah betul ke idak ayat aku nie)

after 20 days baru aku berani gi ke blkg snap pic .... line dh clear sikit berani ler hehe


Friday, January 25, 2008

Construction Lagi .....

Ok ler ari nie aku nk citer balik psl renovation ghumah family aku ... sepanjang seminggu nie actually dier org dok susun batu bata jer tu yg aku x update sgt ambik gbr pun nk tk nk jer aku nie .....

Hari Kesepuluh (18 Januari 2008)

Hari Kesebelas (19 Januari 2008)

Hari Kedua belas (20 Januari 2008)

Hari Ketiga belas (21 Januari 2008)

Hari Keempat belas (22 Januari 2008)


Hari Kelima belas (23 Januari 2008)

Thursday, January 24, 2008

15 Fakta Menarik - Rahsia Alam.... .

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan
tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak
pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat
dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca blog ini akan cuba untuk menjilat sikunya.


Anda bagaimana?

Tuesday, January 22, 2008

Apa Patut Anda Lakukan Bila.....

Aku nak update sekali sekala je ler gbr2 construction tu ..... aku takut korang bosan lak nanti .... aktiviti nyer lebih krg sama jer ... so ari nie aku nk bg korang gelak skjp ......


Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: Tunggu bas ke?
Anda harus menjawab: Taklah aku tengah tunggu helikopter,lambat pulak hari nie ye

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: Ko nak mandi ke ?
Jawab : Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, ko nak join?

Anda sedang makan nasik dan orang tegur:Makan nasik?
Jawab : Mater ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: Baru balik dari keje?
Jawab : Taklah, saya dari rumah, nak pi kejer lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: Eh kau sibuk ke?
Jawab : Takyah jawab, peratikan muka dia pastu lempang sikit pipi dia.

Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:Eh citer melayu ke ?
Jawab : Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksasa dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar.

Tu je untuk mengekalkan lagik pertalian silaturrahim, dinasihatkan jgn ikut contoh contoh di atas itu tadi hehe

Monday, January 21, 2008

Adik aku accident

Tarikh 13 Januari 2008 aku x akan lupa sampai biler ..... kalau tgk keadaan kereta tu yg terlintas di kepala aku ialah aku hampir2 kehilangan adik aku ..... ALHAMDULILLAH tuhan masih panjangkan usia dier even keadaan keta dier agak teruk dier hny mengalami cedera ringan ..... buku lali kaki kanan dier retak ngan jari manis kaki kiri dier patah ..... atas permintaan dier jugak aku x leh nk ltk gbr accident tu ..... sorry lah yer

Ok ler kiter sambung psl renovation ghumah aku

Hari Kelima (13 Januari 2008) ... kayu2 sbg penanda tuk rangka tingkat bawah dicabut dan kayu2 penanda tu dipasang tuk buat rangka tingkat atas


Hari Keenam (14 Januari 2008) ... ari nie aku keje so aku sampai ghumah pun dh gelap ambik gbr pun dlm gelap ler ...... rangka tuk lantai tingkat atas siap ari nie


Hari Ketujuh (15 Januari 2008) ... aku pun x tau nk describe aper yg dier org buat ari nie ... cuma yg aku leh nk ckp dier dh ready tuk buat rangka tingkat atas ... laluan dier org tuk ke atas pun dh siap tu
inilah gambaran keje2 yg terjd tuk hari ini

Hari Kesembilan (17 Januari 2008) ... sorry ler smlm aku x dpt snap pic sbb nyer aku sampai ghumah dh lewat sgt .. jem giler smlm ... ari nie tiang tingkat atas dh dinaikkan ... pastu bahagian wet kitchen mama aku pun dh disusun batu bata nyer


sorry ler aku nk ke dpn x berani so aku ambik dr sini je ler gbr wet kitchen dh siap batu bata hehe


Thursday, January 17, 2008

Construction 2

Ok ler seperti yang dijanjikan aku akan sambung update psl 'renovation' ghumah aku ..... ok per kan aku buat gini serba sikit aku dpt tlg biz kontraktor tu mana tau ader yg berkenan ngan hasil keje dier ... tul tak ..... babah aku tu ler tiap2 ari dok tny aper dh x de keje ke tiap2 ari aku ambik gbr hehehe

Hari Pertama (09 Januari 2008) menyaksikan hampir musnah nyer pokok2 babah aku ... actually zainul & org traktor tu dtg nak dkt kul 6 ptg dh masa tu so dier org abis korek dh nk dkt kul 8 mlm ... ye ler sampai zainul tu dh siap pakai baju melayu dibuat nyer

inilah keadaan nyer masa kawasan ghumah aku dikorek dr terang hingga ler gelap

pokok2 babah aku yg hampir musnah sipi jer tu lg

Hari Kedua (10 Januari 2008) ... aku pun x tau actually aper yg dier org buat nie ... rs2 cam buat konkrit tuk tiang2 ghumah

pg tu slps dikorek mlm td ini ler rupa nyer

ptg tu slps habis keje ini ler pulak rupa nyer
ini ler rupa kawasan ghumah aku

Hari Ketiga (11 Januari 2008) ... terbentuk ler sudah tapak ghumah bahagian blkg


Hari Keempat (12 Januari 2008) ... tiang2 tingkat bwh bahagian blkg dh siap






Tuesday, January 15, 2008

Selamat Hari Jadi Hairi

Hari nie beday adik bongsu aku yg ke-15. Thn nie dier akan menduduki PMR ..... semoga dier akan memperoleh kejayaan yang cemerlang & dpt mengubah diri dier ke arah positif.



Monday, January 14, 2008

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sorry ler aku terpaksa stop dulu psl renovation ghumah family aku tu. Lately nie aku terlampau keletihan ngan travel jauh everyday bangun kul 5 ..... pastu ari cuti bz lak ngan family aku & org2 indon yg buat keje renovation tu so x sempat tul aku nk upload gbr2 dlm kamera ke external hdisk aku aper tah lg nk edit & ltk kt sini .... nanti biler life aku dh stabil slowly aku try update korang eh ..... ari nie kiter citer dulu about mencari positif bg sesuatu yg negatif dlm idup kite
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi
kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai
pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian
untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita
masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya
utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup
untuk meneruskan hari tersebut....

Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429 ..... Semoga kiter sume berjaya berhijrah menjadi seorang insan yg lebih baik di sisi ALLAH pd thn nie INSYA-ALLAH.....

Alhamdulillah sempena bermula nyer thn baru ini juga ..... proses pengubahsuaian ghumah keluargaku juga telah bermula ..... ini aku ltk a few pics & insyaALLAH aku akan cuba ltk day by day proses pengubahsuaian ini yer

proses 'piling' nie dah dibuat sblm raya haji ari tu ... baper haribulan dh x igt pulak dah hikhik

ini ler mesin 'piling' nyer

ini antara tiang2 'piling' ader lg 2 kat bahagian dpn tp aku x snap gbr

nie pulak brg2 yg tlh diletak beberapa hari sblm nie






Monday, January 7, 2008

LIBRA - Horoskop 2008

INDEPENDENCE

Ciri-ciri : Tdk suka mengharap & bergantung pd org lain dlm segala hal, bijak mengendali sebarang situasi, berusaha menjaga keharmonian antara teman2, namun kamu suka menyendiri setiap kali berhadapan dgn masalah.

Karier : Perjalanan kariermu tdk byk berubah. Dr dulu sehingga skrg sama shj. Kamu takut utk mencuba sesuatu yg baru & mencabar. Ubah sikapmu itu sekiranya kamu ingin maju. Kamu sebenarnya ada potensi utk menjadi seorang yg berjaya & dikenali. Oleh itu,tingkatkan usaha agar apa yg dicita-citakan akan menjadi satu kenyataan.

2008 Untukmu : Kamu boleh dikategorikan antara golongan yg diam-diam ubi berisi. Kamu mungkin npk lembut & tdk gemar bersuara. Namun dlm diam kamu bijak memainkan peranan agar kamu sentiasa up to date dgn sebarang cerita & trend terkini. 2008 adalah thn cemerlangmu krn sesuatu yg paling bermakna & yg diharapkan akan jd satu kenyataan. Tunggu!!!!!

Kewangan : Kewangan kamu agak stabil thn ini. Kamu semakin bijak berbelanja. Mungkin kesilapan kamu yg terlalu boros sblm ini sehinggakan semua wang simpananmu habis menjadikan kamu lebih berhati-hati pd thn 2008 terutama setiap kali membeli-belah. Namun bg memastikan kewangan kamu lebih selesa, kamu digalakkan utk melabur. Melalui cara ini kamu bkn shj dpt menyimpan wang, malah dpt melipat gandakan lg wang yg ada.

Cinta : Percintaan kamu & si dia sentiasa bergolak. Sikap kamu yg tdk boleh bertolak ansur & keras hati membuatkan setiap masalah sukar utk menemuai keamanan. Mood kamu juga sering berubah-ubah, ada kalanya kamu baik & ada masanya kamu tdk fasal2 naik angin. Manakala bg si jejaka Libra, henti-hentikanlah sikap kamu yg 'romeo' itu. Nanti yg dikendong berciciran yg dikejar bertempiaran .....

Persahabatan : Sikap kamu yg lemah lembut & sopan santun membuatkan org mudah emsra dgnmu. Sikap itu mmg baik, namun kamu mungkin tdk sdr ada antara yg cuba mendekati kamu hny krn mempunyai tujuan tertentu. Jd hati-hatilah, jgn sampai kamu menjd mangsa keadaan sdgkan kamu tdk pernah ada kena-mengena dgn hal tersbt.

Kecantikan & Kesihatan : Kamu seorang yg begitu mementingkan kecantikan & kesihatan diri. Dr hujung rambut ke hujung kaki kamu sentiasa memberikan rawatan kelas pertama. Namun apa yg menyedihkan dlm kamu begitu mengambil berat soal kesihatan diri itu. Kamu akan didatangi satu penyakit yg agak berpanjangan. Mungkin kamu harus bersedia tentang hal ini.

Friday, January 4, 2008

Persimpangan Dilema

Hmmmmm aku tul2 di persimpangan dilema ..... ikutkan hati aku mmg aku nak cari keje lain tp biler dgr adik bongsu aku mengeluh 'saper yang nak hantar hairi pegi sekolah' terkedu skjp aku ......

Tp aku mmg x boleh terus tipu diri sendiri aku x suka keje aku skrg & aku x tahu mcm mn aku leh terjebak makin hari makin aku x de mood aku menyesal ...... yer sesungguh nyer aku redha ngan pekerjaan ini ...... dgn keje nie ler aku dpt byr duit insurans keta aku ... aku dpt stabilkan sikit semula hidup aku ..... tp sampai bila? tiap2 hari aku memberontak sbb aku mmg x suka & bila aku x suka aku mmg x boleh nak buat

Skrg aku dah sampai 1 tahap aku x kisah utk meletakkan jawatan & ddk ghumah sbg penganggur and cari keje baru x pun keje jer jd boutique asst. kat mana2 avon outlet ..... tp tu ler keluhan adik aku tu buat aku serba salah pulak .......

Ntah ler sbb aku mmg x suka keje ini & aku rs ditipu actually ye ler ms nak offer work of scope yg di describe lain rupa nyer skrg keje yg dibuat lain ler pulak...... makin hari aku makin x bersemangat & sesungguh nyer ini bkn ler aku ...... aku jenis suka buat keje on time & bersungguh2 & kalau boleh perfect tp memandangkan ini benda yg aku x suka aku dh jd sebalik nyer ...... YA ALLAH bg ler aku petunjuk & bantu ler hamba mu ini ..... aku dtg keje seawal pukul 7 pg & mmg kul 6 aku dh kena balik tp hmmmmm company cam x fhm kalau byr O.T lain ler ...... aku nie dh x de energy dh ...... ishhhhh pening pening

Thursday, January 3, 2008

Awal nyer aku .....

Waduh2 awal sungguh aku ari nie gara2 sekolah dh buka semula ..... so today start ler tugas aku tuk htr adik bongsu aku gi sekolah ...... so rutin aku starting from today bangun kul 5 pagi siap2 semua paling lewat kul 6.15 dh kena kuar ghumah sbb aku nk kena sampai sekolah adik aku before 7.25 ......

memula dulu aku mmg planning nak ronda2 dulu lps htr adik aku gi sekolah ..... gi pekena breakfast ke apa ke tp memandangkan aku menghadapi parking problem skrg nie terpaksa ler lps htr adik aku .... aku terus gi ofis ..... alhamdulillah pg nie aku dpt parking kt tpt yg kira selamat & free insyaALLAH x dpt surat cinta dr pakcik DBKL or JPJ ..... so mulai ari mmg gini ler rutin aku

Wednesday, January 2, 2008

Welcome 2008

Selamat Datang 2008!!!!!

Thn nie aku celebrate kat kuantan. Hmmmm nie kira destinasi percutian terakhir aku utk thn 2007. Maka berakhir ler jugak aktiviti cuti2 Malaysia aku. Keje perlu diteruskan. Gambar nanti aku update eh sbb msk thn baru nie bz giler aku lg pun ari tu bkn byk sgt pun aku snap pics huhuhu kamera aku tu dh buat hal nie nk kena cari time sesuai gi canon service lak .....

Tp sedih sgt2 1st day keje in new yr of 2008 cam bad luck ler pulak. No more daily rate parking WAJIBBBB season parking tau huhuhu if not kena byr RM2 per hr. Actually bkn x nk ambik season parking tu tp dier nyer rate x berbaloi ngan keadaan parking area tu ..... berlubang sana berlubang sini tiap2 minggu nk kena isi angin tayar.... patut ler berat jer pg td aku nk dtg keje rupa2 nyer lahai problem baru timbul ..... lastly aku ambik decision tuk cari free parking area kt area ofis aku nie kena jln jauh pun x pe ler ... leh aku kuruskan bdn exercise sambil2 tu fit kan bdn aku yg dh naik manja nie ..... doa2 kan ler aku terus tabah eh