Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Wahhhh esok dah tahun baru 2011. Hmmmm setahun dah berlalu agak nyer azam2 aku yg lps tercapai ke idak eh ......

1. Melangsaikan segala hutang yg ader - huhu cam biasa x tercapai lg tp ader sedikit improvement

2. Mencari tpt keje yg dkt ngan ghumah utk cut cost - aku dah bertukar tpt keje tp masih di TPM alhamdulillah gaji pun dh meningkat sedikit

3. Berjaya dgn kerjaya yg diceburi - byk sungguh cert aku kumpul thn 2010 .... harap aku dpt gunakan segala kemahiran yg aku ader sebaiknya

4. Kuruskan badan - nie ler azam aku tiap2 thn tp lum pernah berjaya sepenuh nyer .....

5. Mencari pasangan hidup - yg nie semua atas ketentuan ILLAHI aku cuma leh berusaha .... semoga org sekeliling aku fhm & tdk memaksa & memandang serong huhuhu

Nampak gaya macam xde perubahan jer. Aku rasa aku akan terus berpegang pada azam nie hehehehe .... semoga aku berjaya pada tahun 1432H / 2011M

Monday, December 13, 2010

Thursday, September 2, 2010

Mereka buat lagi .....

Aku rasa dah dekat setahun hidup aku alhamdulillah aman damai ..... tidur malam aku lena dibuai mimpi ..... paling penting peristiwa yg berlaku pada 23/10/2008 slowly hilang dari ingatan & igauan kami sekeluarga ..... tapi kini mereka datang lagi ..... mereka dah buat aktiviti kembali ..... style mereka tetap sama hari rabu pukul 4 pagi beberapa hari hendak raya & mungkin berlanjutan hingga selepas raya (nauzubillah) ..... ini serba sedikit buat kami semua hidup dalam ketakutan semula ..... Kenapa mereka nie? Tak cukup lg ke gaji yang diterima & diberi oleh rakyat Malaysia ..... Patutnya dipulau jer rakyat2 dari negara itu ..... Jgn dibagi peluang lagi kepada mereka ..... Dibagi peluang macam mana pun mereka seperti tidak mengenang budi .....

Dah ler malas aku nak bercerita lagi pasal perampok2 tu ..... Tadi aku gi buka pose ngan besfren aku masa kat ofis lama aku ..... sembang punyer ler tak hingat dunia ..... betul ler 2 jam mmg x cukup untuk kami berkongsi segala cerita yg dh terlepas utk dikongsi together ..... Sib baik ler masih sedar diri yg dier ader anak2 & husband yg tunggu kat ghumah kalau ikut aku yg anak dara mmg x tau ler sampai kul baper hehehehehe .....

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan

Semalam kita semua telah menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yg ke-53. Terharu aku masa menonton majlis sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil. Teringat kenangan time aku student dulu. Kenangan masa tahun pertama aku menjadi komander. Masa tu Hari Kebangsaan yg ke-40. Betapa semangatnya sampai sehari pun aku x miss raptai sehingga hari yg sebenarnya. Ingat lagi masa raptai di Kem hanya kami ber-7 jer pegi raptai. Pergi pun naik van. Cukup ler masa tu 2 org bawak sepanduk, 2 org bwk bendera dan 2 orang peserta kat blkg. Dah raptai kat dataran merdeka barulah kami pegi 1 bas. Masa tu aku ler bawak benderanya. Rasa seronok sangat untuk pengalaman pertama aku.

Tahun2 selepas itu dah x merasa cuma berarak untuk Hari Kebangsaan peringkat negeri sahaja. Menonton semalam mmg buat aku rasa rindu nak berarak & berkawad. Lagi2 tengok performance dari askar2 tu. Pergghhhhhh sharp sungguh persembahan mereka. Masa dengar lagu2 yang dimainkan terasa kaki aku nak berkawad mengikut byte2 lagu tu. Kenangan2 yang sukar untuk diulang.

"You don't stop laughing because you grow old; you grow old because you stop laughing" -Micheal Pritchard-

Tuesday, August 10, 2010

Nekad

Aku nekad. Walaupun aku rasa bertanggungjawab pada kerja2 yang aku tinggalkan tapi aku tetap nekad. Aku cukup terasa, tersinggung & terkilan dengan anggapan majikan aku terhadap aku selepas segala pengorbanan yang aku curahkan selama lebih 1 tahun bertugas di syarikatnya. Pada pandangan aku dia sebenarnya yang tak tahu tugas-tugas anak buahnya. Sesungguhnya pengajaran paling berguna aku terima adalah supaya tidak mengambil tahu tugas orang lain dan membantu tugas orang lain yang akhirnya akan memakan diri kita sendiri. Aku digelar perosak proses sedangkan niat aku cuma hendak membantu dan paling penting orang tersebut datang kepada aku untuk meminta bantuan dan aku menlongnya. Kenapa akhirnya aku yang digelar perosak proses apabila timbul masalah2 lain.

Sudahlah satu sen pun aku x dapat atas keringat & pengorbanan aku tu. Aku hanya melaksanakan tugas2 NGO.Tak berbaloi sungguh. Sesungguhnya aku tidak tergamak tapi aku terpaksa & aku nekad. Semoga ALLAH mengampuni diri ini & memberi aku petunjuk untuk aku terus melangkah dalam kehidupanku.

"The secret of joy in work is contained in one word - Excellence. To know how to do something well is to enjoy it." -Pearl S.Buck-

Tuesday, June 22, 2010

Kebaikan Berbekam

  • Membantu menghilangkan pening-pening dan migrain
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
  • Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. DIanggarkan 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolestrol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang
Ader tak sesiapa tahu mana tempat yg leh buat bekam nie. Sekarang sume tempat buat bekam sume dah komersial. Mahal2 sume nyer silap2 kena paksa lak biler ubat2 sampingan dier. Cam aku pernah dulu. Sekali tu je ler aku gi buat berbekam. Beratus2 ler bayarannya. Tapi mmg lepas buat bekam tu badan jd segar. Tu yg sekarang teringin nak gi bekam lagi nie.

Monday, June 21, 2010

After almost 1 year

Bersawang dah blog. Jap eh aku nak buang sawang2 nie dulu. Hah bagi make up sikit blog nie. Hmmm dah ok dah nie.

Yup almost 1 year aku x update blog aku nie. Aku terlalu sibuk. Sibuk dengan keluarga aku, kerja aku & diri aku. Lagi pulak pada bulan Ogos tahun lepas kami sekeluarga telah dikejutkan dengan 1 berita yang amat menggemparkan kami sekeluarga. Adik bongsu kami disahkan menghidapi kanser. Banyak masa aku dihabiskan di hospital. Hujung tahun lepas juga ler, ALLAH telah bukakan pintu rezeki untuk kedua orang tua menunaikan haji di mekah. Bertambah sibuk ler aku masa ketiadaan orang tua ku.

Alhamdulillah adik aku semakin sihat sekarang. Aku akan cuba mula semula aktiviti blog aku. Biler aku free aku update ler citer2 yg lps. Pengalaman suka duka aku.

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai !!!

For all chinese outside there i wish "May this chinese new year bring your health and prosperity in abundance".

"People rarely succeed unless they have fun in what they are doing." -Dale Carnegie-

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah

"Among the things you can give and still keep are your word, a smile, and a grateful heart" - Zig Ziglar-