Sunday, December 29, 2013

Selamat Pulang ke Pangkuan ILLAHI ..... Mama

Aku cuba mengumpul kekuatan untuk menulis tentang peristiwa paling sedih dalam kamus kehidupanku pada tahun 2013 ini.

Pukul 6.15 pagi tadi aku bangun seperti biasa. Aku kuar dari bilik aku dan mengintai semua family members aku. Seperti kebiasaan aku terus ke bilik mama untuk mengejut nyer sekiranya dier belum bangun subuh lagi. 

Aku : "Ma bangun Ma subuh"

Mama: "Dah pukul berapa nie?"

Aku: "6.15"

Mama: "Owh nie kalau babah ko balik dari surau tgk kiter sume lum bangun nie bising dier"

Terus mama bangun. Aku pun balik terus ke bilik aku untuk solat subuh. Selesai solat subuh aku terus bersiap sedia nak ke bawah nak jalankan mesin basuh & mengemas dapur. Sambil turun tu aku tanya pada 2 org adik lelaki aku yg kecik dh solat subuh ke belum. Kedua-dua menjawab sudah tadi mama kejut & skrg mama yg dalam bilik air. Tetiba mama memanggil aku mintak bawakan ubat batuk kater nyer terasa kahak nyer x lepas di tekak. Aku pun ke bawah & membawa naik ubat batuk seperti yg diminta. Mama mintak aku suapkan ubat batuk tu sbb dier x larat kater nyer. Aku pun suapkan . Lepas tu aku turun bawah semula selesaikan keja2 yg aku plan nak buat tadi.

Tengah aku leka buat keje kat bawah, aku macam perasan macam dengar kecoh adik lelaki aku nak memanggil ambulans. Aku terus naik atas. Aku tengok semua tengah kerumun mama. Mengapa dengan mama? Tadi aku baru cakap dengan mama. Masa aku berdiri betul2 mengadap mama even masa tu adik2 aku, adik ipar aku, mak usu aku semua masih berharap mama masih bernyawa ... aku? bukan aku nak sangat pun tapi masa tu terdetik di hati ku "Ya ALLAH jikalau ini masanya Aku Redha Ya ALLAH, Alhamdulillah adik2 aku semua ada di rumah termasuk yg keje kat Sarawak tu, adik bongsu mama pun ader .... aku redha". Terus aku suruh adik lelaki panggil babah di surau. Aku terus call Husni yang tengah cari ambulans tu balik ghumah. Aku tau nie memang pahit sangat pahit sebab x dijangka sangat2 tapi sesungguhnya aku redha.

 

No comments: