Tuesday, June 22, 2010

Kebaikan Berbekam

  • Membantu menghilangkan pening-pening dan migrain
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
  • Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. DIanggarkan 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolestrol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang
Ader tak sesiapa tahu mana tempat yg leh buat bekam nie. Sekarang sume tempat buat bekam sume dah komersial. Mahal2 sume nyer silap2 kena paksa lak biler ubat2 sampingan dier. Cam aku pernah dulu. Sekali tu je ler aku gi buat berbekam. Beratus2 ler bayarannya. Tapi mmg lepas buat bekam tu badan jd segar. Tu yg sekarang teringin nak gi bekam lagi nie.

Monday, June 21, 2010

After almost 1 year

Bersawang dah blog. Jap eh aku nak buang sawang2 nie dulu. Hah bagi make up sikit blog nie. Hmmm dah ok dah nie.

Yup almost 1 year aku x update blog aku nie. Aku terlalu sibuk. Sibuk dengan keluarga aku, kerja aku & diri aku. Lagi pulak pada bulan Ogos tahun lepas kami sekeluarga telah dikejutkan dengan 1 berita yang amat menggemparkan kami sekeluarga. Adik bongsu kami disahkan menghidapi kanser. Banyak masa aku dihabiskan di hospital. Hujung tahun lepas juga ler, ALLAH telah bukakan pintu rezeki untuk kedua orang tua menunaikan haji di mekah. Bertambah sibuk ler aku masa ketiadaan orang tua ku.

Alhamdulillah adik aku semakin sihat sekarang. Aku akan cuba mula semula aktiviti blog aku. Biler aku free aku update ler citer2 yg lps. Pengalaman suka duka aku.

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai !!!

For all chinese outside there i wish "May this chinese new year bring your health and prosperity in abundance".

"People rarely succeed unless they have fun in what they are doing." -Dale Carnegie-

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah

"Among the things you can give and still keep are your word, a smile, and a grateful heart" - Zig Ziglar-

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Pejam celik pejam celik setahun telah berakhir. Terasa begitu pantas masa berlalu, dalam masa setahun nie macam2 yg dah terjadi ..... tanpa dipinta aku sekeluarga diberi ujian yg amat besar ..... mungkin ALLAH ingin menguji setelah memberi kesenangan dengan tempat tinggal yg semakin selesa ..... adik bongsu aku disahkan mengidap kanser ..... saat itu gelap dunia kami sekeluarga ..... air mata umpama peneman setia kami ..... dari saat adik kami dibedah hingga rawatan kimoterapi ..... kami sekeluarga berumahtangga di hospital ..... di saat genting tersebut kami dikejutkan dengan berita gembira yg ibubapa kami dapat pergi menunaikan haji pd thn ini ...... maka tinggallah kami adik beradik menunaikan amanah kedua ibu bapa kami menjaga adik kami yang sakit itu ..... begitu banyak cabaran & dugaan yg ALLAH beri dalam menguji kesabaran dan ketakwaan kami. Alhamdulillah kesihatan adik aku stabil sekarang dan dia dapat meruskan persekolahan dia dan semoga dia berjaya dalam SPM 2010 ini.

Hai setahun dah berlalu agak nyer azam2 aku yg lps tercapai ke idak eh ......

1. Melangsaikan segala hutang yg ader - huhu cam biasa x tercapai lg tp ader sedikit improvement

2. Mencari tpt keje yg dkt ngan ghumah utk cut cost - yang ini tak tercapai lg aku masih keje di TPM dan semakin tertekan dengan kerja aku sekarang

3. Berjaya dgn kerjaya yg diceburi - alhamdulillah keje yg aku ceburi skrg nie menjanjikan aku prof. cert .... semoga aku success & leh cari keje yg lebih mencabar & menjamin masa depan amiinnnnnnnn

4. Kuruskan badan - nie ler azam aku tiap2 thn tp lum pernah berjaya sepenuh nyer .....

5. Mencari pasangan hidup - yg nie semua atas ketentuan ILLAHI aku cuma leh berusaha .... semoga org sekeliling aku fhm & tdk memaksa & memandang serong huhuhu

Nampak gaya macam xde perubahan jer. Aku rasa aku akan terus berpegang pada azam nie hehehehe .... semoga aku berjaya pada tahun 1431H / 2010M


"You can learn many things from children. How much patience
you have, for instance." -Franklin P.Jones-